Tuesday, 10 April 2012

CARA MENANAM PADI

CARA MENANAM PADI

Padi merupakan satu tanaman makanan yang penting.Tanaman padi juga unik berbanding tanaman lain kerana terpaksa melalui pelbagai proses penanaman. Terdapat beberapa proses penanaman padi yang meliputi:
  • Pemilihan biji benih
  • Penyemaian biji benih
  • Pemilihan tapak perladangan
  • Pengalihan tanaman
  • Proses penyelenggaraan

Pemilihan Biji Benih
        Padi ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan  biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahap matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu tangkai sahaja dipilih.Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya pemilihan ini dilakukan oleh mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama pesawah yang berpengalaman.Bagi pesawah yang telah mendapat khidmat jabatan pertanian, bekalan biji benih yang lebih terjamin telah diperkenalkan. Pemilihan biji benih ini adalah hasil kajian yang dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan biji benih yang baik. Oleh itu apabila padi telah  berbuah, hasil yang diperolehi amat menakjubkan dan setanding dengan  padi keluaran negara lain. 

Penyemaian Biji Benih
       Operasi menyemai dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia.Proses ini mencakupi peringkat rendaman buah padi untuk dijadikan benih hingga benih-benih tersebut ditabur di tapak semaian.Pembaharuan yang mutakhir diperkenalkan di negara ini ialah penyemaian dilakukan terus di kawasan penanaman atau disebut tabur terus. Cara ini tidak memerlukan operasi mengubah dan dengan itu masalah penggunaan tenaga kerja yang banyak tidak timbul.Bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan.

Pemilihan Tapak Perladangan
        Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif. Oleh itu jentera pembajak atau traktor digunakan.Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.

Pengalihan Tanaman
        Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih mengeluarkan daun kelima atau keenam. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan masa yang panjang untuk mengubah anak-anak benih ke  kawasan sawah.Jarak menanam anak benih bergantung kepada pesawah. Anak benih yang cepat matang akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh matang.

Proses Penyelenggaraan
       Proses  penyelengaraan ini melibatkan  pelbagai aktiviti seperti membaja, merumput, dan membersihkan sawah.Proses ini akan dilakukan sepanjang pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak. Oleh itu pertumbuhan padi akan menjadi normal.Selain itu pesawah juga harus memastikan padi terjamin daripada dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, burung atau belalang.Oleh itu terdapat beberapa orang-orang yang dicacakkan di tengah sawah untuk menakutkan binatang perosak.Proses penyelenggaraan ini memang rumit dan memerlukan kawalan setiap masa.


METHOD OF PLANTING RICE
Rice is a food crop rice is also unique compared to important.Crop other crops Because it is through the processes of u CULTIVATION. There are growing rice Plaza SquareJln That process includes:Selection of seeds
Sowing seeds
Plantation site selection
removal of crop
maintenance processSeed Selection

Selection of seeds
         Rice is planted with seeds. By the selection of high quality seeds is essential to ensure the results when they reach maturity much later. Typically the selection is made after the harvest of paddy rice. Only the larger grains, long and has a lot of seeds in one stalk just selected. This is a traditional way. Typically the selection is done by those knowledgeable about the selection of seeds, especially an experienced farmer. For farmers who have received the agriculture department services, supplies more secure seeds were introduced. The selection of these seeds is the result of research carried out continuously to produce good seed. Thus when the rice has been fruitful, the results are spectacular and on par with other locally produced rice.Seed sowing        Sowing operations done entirely by human energy. This process accounts for the soaking of seed paddy to be used until the seeds are sown in the nursery. The latest reforms introduced in this country is the seeding is done directly in the planting or seeding mentioned. This method does not require operation with the problem of change and energy use that a lot of work does not arise. However, this method will not work if the control of the irrigation system is not done.

Plantation site selection
Plowing process in accordance with the traditional system is using plows pulled by water buffalo during the rainy season. However it is considered non-productive way. By the plow or tractor engine used. There are two types of tractors used for plowing work. Tractor-tractor is known as being two-wheel tractors and four wheel tractors. Both tractor works for menggemburkan paddy land.


Crop removal         The seedlings will be changed from the nursery to produce seedlings of rice leaves during the fifth or sixth. This work is labor intensive and time-to change the children seeds to the fields. Seedling planting distance depends on the farmers. Precocious seedlings will be planted more closely than the slow seedling maturity.


Maintenance process        Maintenance process involves various activities such as fertilizing, weeding, and cleaning the fields. This process will be conducted throughout the crop growth. Therefore, early planting, rice will continue to be maintained so that no diseases or a check. Therefore, crop growth will be normal. In addition farmers also need to ensure security of the damaged rice pests such as rats, birds or locusts. So there are some people who dicacakkan in the middle of rice fields to scare animal pests. This maintenance process is complicated and requires control at all times.





2 comments:

  1. slm.anda mungkin ingin mengetahui sistem penanaman padi reynox,yang telah terbukti dapat meningkatkan hasil tuaian padi 10 t/ha.sila layari web reynoxmalaysia.blogspot.com maju petani maju negara.

    ReplyDelete
  2. mohon tanya
    padi varietas unggul dan termasuk padi organik, untuk ditanam di polybags, bukan disawah, yang paling bagus dari jenis apa ya?
    makasih info an jwbnnya

    ReplyDelete