Saturday 21 April 2012

SENARAI RUJUKAN



SENARAI RUJUKAN


1.http://www.agroplus4u.com.my/index.php?p=1_13_BIODCOMPOSER-PENGHAPUS-PADI-ANGIN

2.http://normazuha2010.multiply.com/journal/item/32?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
3.Foto gambar padi diambil daripada:   pengeluarantanaman.blogspot.com
                                                        rumahsanjiwani.wordpress.com





LIST OF REFERENCE
 

1.http :/ / www.agroplus4u.com.my/index.php?p=1_13_BIODCOMPOSER-PENGHAPUS-PADI-ANGIN

2.http :/ / normazuha2010.multiply.com/journal/item/32? & Show_interstitial = 1 & u = / journal / item

3.Foto rice picture taken from: pengeluarantanaman.blogspot.com

                                            rumahsanjiwani.wordpress.com

Thursday 12 April 2012

INOVASI DALAM PENANAMAN PADI



Inovasi Dalam Penanaman Padi

Menggunakan kaedah bioteknologi
-Menggunakan teknologi yang menghasilkan baka dan biji benih yang tahan penyakit ,cepat matang untuk mendapatkan hasil yang banyak.Sebagai contoh padi dan betik eksotika.

Penggunaan jentera iaitu jentera pembajak/jentera penuai/jentera meracun/jentera penabur benih
-Penggunaan jentera-jentera ini dapat menjimatkan masa dan tenaga .Tambahan lagi dapat mengerjakan kawasan yang luas.

Penggunaan baja
-Untuk menambahkan kesuburan tanah.Apabila tanah subur,secara tidak langsung tanaman padi menjadi subur dan penghasilan padi semakin bertambah.

Penggunaan racun(racun serangga/racun perosak)
-Penggunaan racun dapat mengurangkan serangan serangga perosak,virus dan bacteria.Dengan ini penghasilan tanaman padi menjadi banyak dan berkhasiat.

Penggunaan peralatan dan teknik moden
-Melalui penggunaan splinker/baja titisan dan hidroponik dan sintikan baja dan hormon secara teratur dapat menghasilkan lebih banyak produktiviti.




INNOVATION IN RICE PLANTING

Innovations in Rice Cultivation

Using biotechnologyUsing technology-breeding and disease-resistant seeds, cooked quickly to get the lot. For example, rice and papaya exotic.
Use machinery, namely machinery plow / of the combine / machinery poison / machinery seed sower
-The use of these machines can save time and energy. Furthermore can perform a wide area.
Use of fertilizer
-To increase soil fertility. When the soil fertile, indirectly into fertile paddy and rice production is increasing.

Use of pesticides (insecticides / pesticides)-The use of pesticides to reduce pest attacks, viruses and bacteria. With this production of rice plants become abundant and nutritious.
The use of modern equipment and techniques-Through the use splinker / droplets and hydroponic fertilizers and fertilizer and hormone injections on a regular basis can result in more productivity.

MEMPROSES PADI



MEMPROSES PADI

Padi yang dituai akan dijadikan beras untuk makanan rakyat Malaysia. Sebelum itu terdapat pelbagai proses yang dilalui untuk menghasilkan beras yang baik. Antara proses tersebut ialah :
  •  Menuai
  •  Membanting
  •  Mengangin
  •  Mengilang 
, jerami dan hampas diasingkan. Jenis mesin yang digunakan ialah gegaran. Peringkat kedua pula padi muda, hampa dan bahan-bahan asing seperti rumpai diasingkan secara automatik. 
Menuai
       Terdapat dua cara yang dipraktikkan dalam kerja-kerja  menuai.Pertama mengggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas.Cara kedua menggunakan jentera jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis besar(100 kuasa kuda).Jentera ini hanya digunakan menerusi sistem usahasama.Sebelum proses menuai dilakukan, sawah padi akan dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan proses penuaian dilakukan.

Membanting
        Membanting adalah cara tradisional.Berdasarkan teknologi kini kerja membanting tidak dilakukan lagi.Ini kerana proses menuai menggunakan jentera dan padi diasingkan dari tangkainya secara automatik.Semasa membanting terlebih dahulu tangkai padi akan diikat dan barulah dibanting ke dalam tong khas untuk mengasingkan padi daripada tangkainya.

Mengangin
       Mengangin dilakukan supaya bijian dipisahkan daripada padi hampa.Selepas mengangin padi akan dijemur.Teknologi moden kini membersihkan padi dalam dua peringkat.Peringkat pertama dinamakan pembersihan lasat iaitu bahan-bahan  seperti batu-batu

Mengilang
       Tujuan mengilang adalah untuk mendapatkan beras daripada padi. Antara kaedah yang digunakan bagi memisahkan beras dan padi ialah melalui pemisah sekatan.Pemisah ini  mempunyai lataran yang disendengkan dan bersekatan.Penghasilan pengupasan padi bergantung kepada beberapa faktor.Antara faktor tersebut ialah kandungan air yang terdapat dalam padi dan kadar beras bersalut akan dimasukkan ke dalam pemisah sekatan.Beras akan digred mengikut kriteria tertentu dan dimasukkan ke dalam guni atau plastik untuk dijual.


MEMPROSES PADI SECARA TRADISIONAL

 Pengalaman menanam padi diperolehi daripada keluarga yang biasanya menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan. Oleh itulah mereka mempunyai kemahiran secara warisan.Setelah melalui pelbagai peringkat penanaman sehingga padi masak, kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan kaedah konvensional atau tradisional.Cara ini banyak dilakukan di kawasan kampung yang jauh dari pekan. Cara ini sememangnya mengurangkan kos tetapi mengambil masa yang lambat untuk memproses padi menjadi beras.Antara beberapa peraturan yang terpaksa dilalui sebelum padi menjadi beras ialah :
  • Menjemur
  • Menumbuk
  • Menampi
  • Memilih

Menjemur
        Padi yang telah dituai dengan menggunakan tenaga akan dibanting untuk memisahkan antara tangkai dan padi.Kemudian proses pengasingan akan dilakukan dengan cara memilih tangkai atau rumput yang bercampur dengan padi.Cara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya dilakukan.Setelah itu padi akan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang. Di rumah padi akan dijemur di bawah pancaran matahari.Padi perlu dijemur hingga kering.Oleh itu pesawah perlu memastikan cuaca adalah baik.Jika hari hujan atau mendung, adalah lebih baik sekiranya padi tidak dijemur atau dibiarkan di dalam guni sahaja.Selain itu semasa kerja-kerja menjemur dilakukan, pesawah boleh membuang benda asing yang terdapat dalam timbunan padi.Ini adalah untuk memastikan padi cepat kering dan terhindar daripada benda asing. 

Menumbuk
        Menumbuk merupakan tugas yang paling sukar.Padi yang telah kering akan ditumbuk menggunakan lesung.Terdapat dua jenis lesung iaitu lesung kaki dan tangan.Lesung kaki telah diubahsuai bentuknya untuk memudahkan pesawah menggunakan kaki untuk menumbuk padi.
Lesung kaki mempunyai antan yang pendek dan kemudian disambung dengan menggunakan sebatang kayu yang besar secara melintang.Hujung kayu antan mempunyai satu bentuk injakan yang memudahkan kaki memijak injakan tersebut.Pesawah akan memijak kayu injak dan antan akan terangkat. Apabila kaki dilepaskan, antan akan jatuh dan menumbuk ibu lesung.Langkah ini lebih mudah kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak.Lesung ini boleh didapati di kawasan kampung. Namun begitu lesung ini kurang popular.Lesung tangan pula adalah lesung yang paling kerap digunakan.Lesung yang terdiri daripada lesung anak dan ibu yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu lesung tangan mempunyai lesung anak yang berat dan panjang. Semakin berat anak lesung semakin baik tumbukan lesung tersebut.Padi yang telah kering akan ditumbuk dengan kedua lesung ini.Tumbukan akan menyebabkan isi padi terkeluar dan membentuk beras.Pesawah akan lakukan kerja-kerja menumbuk tersebut sehingga selesai.Adalah diingatkan padi yang hendak ditumbuk perlu kering. Jika terdapat kelembapan, padi akan hancur bersama sekam dan padi tersebut tidak boleh dimakan.

Menampi
       Setelah kerja-kerja menumbuk dilakukan,proses seterusnya ialah menampi. Proses ini memerlukan kemahiran menampi untuk mengelakkan padi terbuang semasa proses tersebut dilakukan.Lazimnya menampi dilakukan oleh kaum wanita.Padi yang telah ditumbuk akan dimasukkan ke dalam alat menampi.Alat menampi diperbuat daripada anyaman buluh atau mengkuang. Alat menampi terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada bulat, segi tiga atau bujur.
Padi akan diletakkan ke atas penampi.Kemudian penampi itu akan ditampi dengan cara melambungkan padi. Cara ini dilakukan acap kali sehingga sekam melayang ke atas dan seterusnya keluar dari alat penampi itu.Pada proses ini beras dapat dihasilkan walaupun terdapat habuk-habuk kecil yang masih bercampur dengan padi.Dengan beberapa lambungan, habuk kecil akan terkumpul di hujung penampi. Kemudian habuk tersebut boleh ditiup sahaja untuk menyingkirkan daripada beras.

Memilih
       Beras yang telah ditampi akan menjalani proses pemilihan. Padi yang tidak hancur akan diasing daripada padi yang hancur.Pemilihan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Oleh itu mereka perlu cekap untuk memilih padi yang belum menjadi beras.Pengasingan ini dilakukan untuk menentukan gred. Beras yang tidak hancur mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding beras yang hancur.Namun begitu ada pesawah yang tidak mengasingkan beras dan dicampur sekali. Padi ini dinamakan padi kampung.


PROCESSING RICEShall be harvested paddy rice to feed the people of Malaysia. Prior to that there are many who go through the process to produce good rice. Among these processes are:
Reap
Slash
BlowManufacture

Reap      There are two ways to practice the work of harvesting. First use the full labor such as cutting the stubble of paddy scytheman and dissolve one's way in the special bins. The second way of using simple machines (30 horsepower) or large type (100 horsepower). Machine was only used by the joint venture. Before the harvest is done, the paddy fields will be dried by passing water to the canal. This is done to facilitate the harvesting process.
 Slash
         Slash is the traditional way. Technology based on one's work is not done yet. This is because the rice harvest using machinery and separated from the stalk automatically. During the first throw rice stalks are tied and then the rock into the special bins to separate the rice from the stalk.
Blow
        Blow is done so that the grain is separated from empty rice. After the rice will be dry in the sun disappear. Modern technology to clean the rice in two stages. The first stage is called the serious cleaning materials such as stonesmanufacture

Manufacture       
The purpose of manufacture is to get rice from paddy. Among the methods used to separate the rice and paddy is the separation restrictions. The separator has because of the Tilt and air restrictions. Paring the production of rice depends on several factors. Among these factors is the water content in the rice and the rice is coated with the restrictions put in a separator. Rice will be graded according to certain criteria and placed in sacks or plastic for sale.


RICE PROCESSING IN TRADITIONAL
Rice planting experience from family usually make rice as a source of income. That is why they have the skills legacy. After going through various stages of rice cultivation to cooking, most of the Malay community is still using conventional or traditional methods. This method is mostly done in villages far from town. This method is to reduce the cost but take a slow to process the paddy into rice. Among the several rules that have to go through before the rice from the rice is:
Season

Pound

Winnow

Choose



Season
        
Rice which was harvested by using energy will dibanting to separate the stalks and rice. Then the separation process will be done by choosing the stalk or grass mixed with rice. This method is to facilitate the subsequent work performed. After the rice will be placed in bags to take home. At home the rice is dried in the sun. Rice should be hung to dry. Therefore, farmers need to make sure the weather is good. If raining or overcast, it is better if the rice is dried or left in bags only. In addition during drying work is done, the farmers can remove foreign objects in the heap of rice. This is to ensure quick rice dry and safe from foreign objects.

Pound
        
Punching is the most difficult task. Rice that has been pounded in a mortar will dry. There are two types of mortar mortar feet and hands. Modified form mortar feet to facilitate the farmers on foot to pound rice.Rice pestle mortar has a short leg and then connected with a large wooden cross. End of the rice pestle timber having a form that facilitates the violation of the violation feet trample. Farmers will trample wooden boards and rice pestle is lifted. When the leg is released, will fall rice pestle mortar and pestle mother. This step easier because not require a lot of energy. Mortar can be found in the village. However, the mortar is less popular. Mortar is the mortar in her hands most frequently used. Mortar consisting of children and mothers mortar made of wood. But the hand mortar with a heavy mortar and long-term child. The heavier the child the better punches mortar the mortar. Rice is a dry mortar pounded with both these. Collision will cause the contents out and form a rice paddy. Farmers will do the work until the completion of punch. Are reminded to be pounded rice to dry. If there is moisture, the rice will be destroyed with rice husk and can not be eaten.

Winnow
        After punching the work done, the next process is to winnow. This process requires skill to avoid the rice winnow wasted during the process done. Usually done by women screen. The pounded rice will be incorporated into the device screen. Screen device made ​​of woven bamboo or pine. Screen devices consist of various forms of either round, triangular or oval.

The rice will be placed on the winnow. Then it will winnow winnowed by tossing rice. How this is done frequently until husk fly over and then out of the tool winnow rice itu.Pada this process can be produced even if there is a small dusts are mixed with rice. With a few flips, smaller particles will accumulate at the end of winnow. Then the dust can be blown only to get rid of the rice.
Choose
        Rice that has been winnowed to undergo the selection process. Rice is not destroyed will cut off from the broken rice. This selection is done by hand. Therefore they must be efficient to choose a rice paddy that have not. Separation was carried out to determine the grade. Not broken rice have better quality than rice were destroyed. But there are farmers who do not separate the rice and mix once. This is called paddy rice village.



Tuesday 10 April 2012

CARA MENANAM PADI

CARA MENANAM PADI

Padi merupakan satu tanaman makanan yang penting.Tanaman padi juga unik berbanding tanaman lain kerana terpaksa melalui pelbagai proses penanaman. Terdapat beberapa proses penanaman padi yang meliputi:
  • Pemilihan biji benih
  • Penyemaian biji benih
  • Pemilihan tapak perladangan
  • Pengalihan tanaman
  • Proses penyelenggaraan

Pemilihan Biji Benih
        Padi ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan  biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahap matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu tangkai sahaja dipilih.Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya pemilihan ini dilakukan oleh mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama pesawah yang berpengalaman.Bagi pesawah yang telah mendapat khidmat jabatan pertanian, bekalan biji benih yang lebih terjamin telah diperkenalkan. Pemilihan biji benih ini adalah hasil kajian yang dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan biji benih yang baik. Oleh itu apabila padi telah  berbuah, hasil yang diperolehi amat menakjubkan dan setanding dengan  padi keluaran negara lain. 

Penyemaian Biji Benih
       Operasi menyemai dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia.Proses ini mencakupi peringkat rendaman buah padi untuk dijadikan benih hingga benih-benih tersebut ditabur di tapak semaian.Pembaharuan yang mutakhir diperkenalkan di negara ini ialah penyemaian dilakukan terus di kawasan penanaman atau disebut tabur terus. Cara ini tidak memerlukan operasi mengubah dan dengan itu masalah penggunaan tenaga kerja yang banyak tidak timbul.Bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan.

Pemilihan Tapak Perladangan
        Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif. Oleh itu jentera pembajak atau traktor digunakan.Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.

Pengalihan Tanaman
        Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih mengeluarkan daun kelima atau keenam. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan masa yang panjang untuk mengubah anak-anak benih ke  kawasan sawah.Jarak menanam anak benih bergantung kepada pesawah. Anak benih yang cepat matang akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh matang.

Proses Penyelenggaraan
       Proses  penyelengaraan ini melibatkan  pelbagai aktiviti seperti membaja, merumput, dan membersihkan sawah.Proses ini akan dilakukan sepanjang pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak. Oleh itu pertumbuhan padi akan menjadi normal.Selain itu pesawah juga harus memastikan padi terjamin daripada dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, burung atau belalang.Oleh itu terdapat beberapa orang-orang yang dicacakkan di tengah sawah untuk menakutkan binatang perosak.Proses penyelenggaraan ini memang rumit dan memerlukan kawalan setiap masa.


METHOD OF PLANTING RICE
Rice is a food crop rice is also unique compared to important.Crop other crops Because it is through the processes of u CULTIVATION. There are growing rice Plaza SquareJln That process includes:Selection of seeds
Sowing seeds
Plantation site selection
removal of crop
maintenance processSeed Selection

Selection of seeds
         Rice is planted with seeds. By the selection of high quality seeds is essential to ensure the results when they reach maturity much later. Typically the selection is made after the harvest of paddy rice. Only the larger grains, long and has a lot of seeds in one stalk just selected. This is a traditional way. Typically the selection is done by those knowledgeable about the selection of seeds, especially an experienced farmer. For farmers who have received the agriculture department services, supplies more secure seeds were introduced. The selection of these seeds is the result of research carried out continuously to produce good seed. Thus when the rice has been fruitful, the results are spectacular and on par with other locally produced rice.Seed sowing        Sowing operations done entirely by human energy. This process accounts for the soaking of seed paddy to be used until the seeds are sown in the nursery. The latest reforms introduced in this country is the seeding is done directly in the planting or seeding mentioned. This method does not require operation with the problem of change and energy use that a lot of work does not arise. However, this method will not work if the control of the irrigation system is not done.

Plantation site selection
Plowing process in accordance with the traditional system is using plows pulled by water buffalo during the rainy season. However it is considered non-productive way. By the plow or tractor engine used. There are two types of tractors used for plowing work. Tractor-tractor is known as being two-wheel tractors and four wheel tractors. Both tractor works for menggemburkan paddy land.


Crop removal         The seedlings will be changed from the nursery to produce seedlings of rice leaves during the fifth or sixth. This work is labor intensive and time-to change the children seeds to the fields. Seedling planting distance depends on the farmers. Precocious seedlings will be planted more closely than the slow seedling maturity.


Maintenance process        Maintenance process involves various activities such as fertilizing, weeding, and cleaning the fields. This process will be conducted throughout the crop growth. Therefore, early planting, rice will continue to be maintained so that no diseases or a check. Therefore, crop growth will be normal. In addition farmers also need to ensure security of the damaged rice pests such as rats, birds or locusts. So there are some people who dicacakkan in the middle of rice fields to scare animal pests. This maintenance process is complicated and requires control at all times.